72418044-81d4-4dfb-bf33-1f7319b4a471_edited.jpg
0293ef7f-a8ad-449d-89e9-c3b3acb2aad6.jpg

Naluri Bestari mula ditubuhkan pada tahun 2005 dan mula bertapak di Kota Damansara. Pada tahun 2009 pula, Naluri Bestari telah membuka cawangannya di Pangsapuri Damai, Subang Bestari. Kini, Naluri Bestari telah berkembang maju
dan mempunyai 8 cawangan tadika, 5 cawangan taska dan 4 cawangan pusat jagaan kanak-kanak.

Barisan guru-guru Naluri Bestari adalah yang berpengalaman dan ada di antara mereka ini adalah berkelulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada IPTA yang diiktiraf. Guru-guru ini juga diberikan latihan dari semasa ke semasa 
melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia setiap tahun dan juga latihan yang dianjurkan oleh Naluri Bestari sendiri.Naluri Bestari menyediakan perkhidmatan untuk murid-murid prasekolah untuk kanak-kanak berumur 1-6 tahun.

 

Segala program dan silibus murid-murid tadika (umur 4-6 tahun) adalah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi kanak-kanak berumur 1-3 tahun (Taska Naluri Bestari) pula, 
program dan silibus berpandukan Modul Permata Negara seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

Naluri Bestari juga mempunyai kemudahan seperti ruang permainan yang terletak di kawasan tadika ataupun taska. Ruang ini digunakan oleh guru-guru ketika menjalankan aktiviti fizikal bersama murid-murid. Ruang ini dilengkapi dengan segala peralatan permainan yang membolehkan murid-murid melakukan aktiviti yang bersesuaian, untuk meningkatkanperkembangan psikomotor kasar murid-murid.

334-3341513_home-sign-up-button-sign-up-buttons.png

Latar Belakang

Berlandaskan kepada falsafah pendidikan yang telah dijelaskan, Naluri Bestari juga memberi kemudahan serta bimbingan kepada kanak-kanak ke arah 
kecemerlangan dan kualiti. Berikut adalah matlamat Naluri Bestari:

 

1.Memberi pendidikan yang mantap dan sempurna berasaskan kepada pendidikan yang teguh dan penuh dengai nilai akhlak dan moral yang baik bagimembentuk dasar minda yang kukuh.

 

2.Memberi pendedahan cara dan kaedah yang lebih cepat dan berkesan kepada bayi dan kanak-kanak untuk keseluruhan aspek perkembangan.

 

3.Memperkaya dan meningkatkan pengetahuan kanak-kanak melalui kerjasama berkumpulan sesama mereka dan berinteraksi dengan pertumbuhan kanak-kanak.

 

4.Memberi perkembangan seimbang bersesuaian dengan pertumbuhan kanak-kanak.

 

5.Menggalakkan kanak-kanak kepada kemahiran kendiri (Menguruskan diri)

 

6.Merangsang dan membentuk kanak-kanak ke arah kerjasama dan disiplin diri pada gaya hidup yang sihat, membina keyakinan diri yang positif untuk membuahkan idea-idea dengan gaya tersendiri.

 

7.Menyediakan tenaga pendidik yang mahir dan berpengalaman bagi memantapkan kurikulum perkembangan kanak-kanak bagi pembentukan kanak-kanak dari segi mental dan fizikal. 

Matlamat

334-3341513_home-sign-up-button-sign-up-buttons.png

Misi

Visi

1.    Mempunyai pengurusan tadika yang berkualiti untuk pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan murid yang mempunyai berbudi pekerti, kecemerlangan ilmu, penyayang dan bersahsiah.

 

2.    Membentuk personaliti murid-murid menjadi insan kamil bagi mencapai kejayaan dan kesejahteraan untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

3.    Menyediakan persekitaran yang menggalakkan dimana kanak-kanak berasa selamat untuk menjadi diri mereka sendiri dan selamat untuk meneroka, di mana 
mereka dapat bermain dengan bebas dan mengetahui bahawa idea-idea dan kebebasan mereka disokong.

4.    Menyediakan pengalaman pembelajaran merangsang untuk semua kanak-kanak dan program individu yang memberi tumpuan kepada kepentingan,kekuatan kanak-kanak dan keperluan pembelajaran.

5.    Untuk melengkapkan kanak-kanak dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlu untuk sekolah dan kehidupan.
 

Naluri Bestari fokus untuk memandaikan anak-anak anda dengan ilmu kehidupan dan akhlak dengan mengalirkan aura positif dalam diri anak-anak.

IMG_5419.png

“Melahirkan generasi berilmu dan beradab”

Motto

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube