Profail Kami

Naluri Bestari mula ditubuhkan pada tahun 2005 dan mula bertapak di Kota Damansara. Pada tahun 2009 pula, Naluri Bestari telah membuka cawangannya di Pangsapuri Damai, Subang Bestari. Kini, Naluri Bestari telah berkembang maju dan mempunyai 7 cawangan tadika, 3 cawangan taska dan 2 cawangan pusat jagaan kanak-kanak.

 

Barisan guru-guru Naluri Bestari adalah yang berpengalaman dan ada di antara mereka ini adalah berkelulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada IPTA yang diiktiraf. Guru-guru ini juga diberikan latihan dari semasa ke semasa melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia setiap tahun dan juga latihan yang dianjurkan oleh Naluri Bestari sendiri.

 

Naluri Bestari menyediakan perkhidmatan untuk murid-murid prasekolah untuk kanak-kanak berumur 1-6 tahun. Segala program dan silibus murid-murid tadika  (umur 4-6 tahun) adalah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi kanak-kanak berumur 1-3 tahun (Taska Naluri Bestari) pula, program dan silibus berpandukan Modul Permata Negara seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

Naluri Bestari juga mempunyai kemudahan seperti ruang permainan yang terletak di kawasan tadika ataupun taska. Ruang ini digunakan oleh guru-guru ketika menjalankan aktiviti fizikal bersama murid-murid. Ruang ini dilengkapi dengan segala peralatan permainan yang membolehkan murid-murid melakukan aktiviti yang bersesuaian, untuk meningkatkan perkembangan psikomotor kasar murid-

  • Facebook Page
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon