"Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan sentiasa membisikkan sesuatu yang berharga." 

Norsham binti Bidin

Pengasas Naluri Bestari

Selamat datang ke alam pembelajaran yang cerdas dan ceria khusus untuk bakal-bakal ilmuan Islam masa hadapan. Sebagai sebuah pusat perkembangan untuk kanak-kanak berusia 1-6 tahun. Naluri Bestari merupakan pilihan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka memperolehi kemahiran berbahasa inggeris serta kurikulum pendidikan prasekolah berteraskan prinsip-prinsip Rukun Islam. 

Pengalaman Naluri Bestari selama lebih 15 tahun di dalam bidang kreativiti pendidikan prasekolah dengan sistem pendidikan Naluri Bestari yang berkualiti dan konsisten telah menyaksikan Naluri Bestari berkembang untuk memberi pendidikan terbaik kepada hampir 6,000 kanak-kanak dan kerjaya pengurusan kepada 100 individu.

Latar Belakang

Naluri Bestari mula ditubuhkan pada tahun 2005 dan mula bertapak di Kota Damansara. Naluri Bestari telah berkembang maju dan mempunyai sebanyak 9 cawangan TADIKA, dan 9 TASKA dan PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK. Pada tahun 2014, Naluri Bestari telah membuka cawangan barunya di Taman Tasik Biru, Kundang. 

Barisan guru-guru Naluri Bestari adalah yang berpengalaman dan ada di antara mereka ini adalah berkelulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada IPTA yang diiktiraf. Guru-guru ini juga diberikan latihan dari semasa ke semasa melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak kementerian Pendidikan Malaysia setiap tahun dan juga latihan yang dianjurkan oleh Naluri Bestari sendiri. 

Naluri Bestari menyediakan perkhidmatan untuk murid-murid prasekolah untuk kanak-kanak berumur seawal usia 1 tahun sehingga 6 tahun. Segala program dan silibus murid-murid tadika adalah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi kanak-kanak berumur 1-3  tahun pula, program dan silibus berpandukan Modu Permata Negara seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. (JKM)

Naluri Bestari juga mempunyai kemudahan seperti ruang permainan yang terletak di kawasan tadika ataupun taska. Ruang ini digunakan oleh guru-guru ketika menjalankan aktiviti fizikal bersama murid-murid. Ruang ini dilengkapi dengan segala peralatan permainan yang membolehkan murid-murid melakukan aktiviti yang bersesuaian, untuk meningkatkan perkembangan psikomotor kasar murid-murid. 

Misi dan Visi

Visi : Melahirkan Generasi Berilmu dan Beradab

Misi ;

  • Mempunyai pengurusan tadika yang berkualiti untuk pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan murid yang berakhlak mulia, kecemerlangan ilmu, penyayang dan bersahsiah. 

  • Membentuk personaliti murid-murid menjadi insan kamil bagi mencapai kejayaan dan kesejahteraan untuk didri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. 

  • Menyediakan persekitaran yang menggalakkan di mana kanak-kanak berasa selamat untuk menjadi diri mereka sendiri dan selamat untuk meneroka, di mana mereka dapat bermain dengan ebbas dan mengetahui bahawa idea-idea dan kebebasan mereka disokong. 

  • Menyediakan pengalaman pembelajaran merangsang untuk semua kanak-kanak dan program individu yang memberi tumpuan kepada kepentingan, kekuatan kanak-kanak dan keperluan pembelajaran. 

  • Untuk melengkapkan kanak-kanak dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlu untuk sekolah dan kehidupan.

Falsafah Pendidikan

Naluri Bestari menghasilkan pembelajaran merangkumi pembangunan dan perkembangan kanak-kanak di peringkat awal dan secara menyeluruh. Ianya juga berlandaskan kepada kepentingan perkembangan sosial, emosi/estatik, intelektual dan fizikal sebagai satu asas yang kukuh.

sosial

Membangunkan kanak-kanak kepada sifat yakin berdikari, boleh mengawal diri sendiri dan berkebolehan untuk kerjasama, disiplin diri dengan rakan sebaya.

emosi/estatik

Membangun kepada sifat yakin dan menunjukkan penghargaan kepada diri sendiri supaya kanak-kanak emmpunyai perasaan positif kepada alam sekitar.

intelektual

Merangkumi kebolehan berfikir dan sifat bertanya di dalam satu perkara atau pembelajaran. Ianya juga menitikberatkan perkembangan kemahiran pembacaan dan kefahaman.

fizikal

Merangkumi pembangunan badan dan psikomotor yang cergas serta mental yang sihat.

Carta Organisasi

  • Facebook Page
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon